Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Cara Terus Membuka Lagi Gelembung Karma Keamanan, Bahagian 2 daripada 6

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Tiada roh yang dapat lahir semula tanpa gelembung, sama ada dengan memilih kelemahan atau dengan karma hayat lampau. Mereka akan ada gelembung. Mereka akan ditempatkan di dunia yang sesuai dengan mereka untuk terus hidup di domain fizikal. Kerana hayat demi hayat, roh telah dibungkus. Sementara dibungkus, mereka mesti ada minda, badan, emosi dan keupayaan psikologi, segala-galanya yang dicampurkan ke dalam hidup manusia yang terbentuk. Disebabkan semua itu, mereka juga berinteraksi dengan manusia lain di sekeliling mereka. Disebabkan oleh interaksi ini, ia akan mewujudkan konflik, kasih sayang, keterikatan, kerjasama dan sebagainya. Atas itu, karma akan diwujudkan dengan semakin banyak, jadi akan ada lebih banyak kekusutan dalam sistem macam ini.

Meskipun Buddha sudah menjadi Buddha selama banyak hayat sebelumnya, sejak zaman dahulukala lagi, jika Dia lahir semula di dunia ini, Dia juga perlu ada gelembung seperti itu. Jika tidak, kita tak dapat berada di sini. Sama ada ia diwujudkan untuk Mereka atau Mereka memilihnya untuk datang ke sini bagi tujuan Mereka seperti menyelamatkan makhluk lain yang jahil atau mewujudkan Buddha baharu dengan Kuasa dan Berkat Mereka sendiri di bawah TUHAN Yang Maha Berkuasa, Maha Tinggi atau gabungan Triniti, bermakna TUHAN Yang Maha Berkuasa, Anak TUHAN dan seorang lagi Anak TUHAN juga, dicipta secara sama oleh TUHAN. Mereka berdua akan ada lebih banyak ciptaan disebabkan oleh Kuasa Mereka daripada TUHAN, dan ada semakin banyak alam, atau bantu semakin banyak makhluk tercipta di planet-planet, alam-alam yang berlainan.

Disebabkan itu, Buddha Shakyamuni dilahirkan dalam keluarga diraja, kemudian perlu ada sangat banyak gundik, malah 500 orang gundik, tapi itu hanya cara mereka katakannya di India kuno, bermakna sangat, sangat banyak, tak semestinya tepat-tepat 500, atau kadangkala mereka kata 2,000. Itu lagi banyak, jauh lebih banyak dalam bilangan yang tak dapat kita banyangkan, bagi orang biasa. Tiada sesiapa yang akan ada 2,000 orang di rumah atau dalam persekitarannya seperti Buddha ada 2,000 orang biksu. Itu tidak tepat-tepat 2,000, mungkin lebih, mungkin kurang tetapi bermakna bilangan yang besar dalam pengiraan, ungkapan atau pemerian kuno. Buddha tak benar-benar berhasrat. Buddha takkan berhasrat 500 orang wanita menjadi isteri atau gundik-Nya dan tidak berhasrat untuk berkahwin dengan puteri-Nya pada masa itu, isteri-Nya pada masa itu. Baginda takkan berhasrat untuk ada anak yang bernama Rahula

tetapi cuma ia diatur macam itu. Setiap orang yang datang ke dunia ini pasti diuji. Mereka bubuh perangkap, helah, ujian di sekeliling hidup kita, di depan hidup kita, di dalam hidup kita untuk lihat sama ada kita dapat melepaskan diri, menjauhkan diri daripada segala godaan atau tidak, dengan beransur-ansur, akhirnya, atau serta-merta Ini bergantung kpd berapa byk anak murid yang Guru atau Buddha itu ada. Jadi mereka kira semua karma itu dan timbulkan begitu banyak kesusahan dalam hidup Buddha itu disebabkan karma orang-orang yang akan diselamatkan-Nya. Seseorang perlu langsaikan karma mereka Semua manusia ada karma. Sekarang selepas Dia menerima itu, maka hidup-Nya terbentang di depan-Nya sebelum Dia dilahirkan pun. Jadi Buddha perlu mengetahui semua itu sebelum Dia dilahirkan. Dia perlu menerima semua itu untuk selamatkan berapa banyak orang, apa jenis orang, di mana, bila dan sebagainya.

Apabila kaum kerabat Buddha ditindas, dicederakan, dilukai, dihina dengan dahsyat, cara paling teruk yang mungkin, Buddha tak boleh gunakan kuasa-Nya untuk menyelesaikan itu kerana itu karma mereka. Mereka telah melakukan sesuatu dalam hayat lampau atau semasa hidup, bermula dengan menghina salah seorang raja negeri jiran, menghina dia kerana dia dilahirkan oleh ibu yg merupakan hamba. Mereka mengatur seorang hamba untuk berkahwin dengan raja negeri jiran dan bukan puteri sebenar yang dipinangnya. Jadi semua isteri raja di negeri itu tahu akannya. Oleh itu, apabila raja itu datang melawat tanah ibunya, mereka semua menghina dia. Mereka kata, “Engkau hanyalah anak hamba. Engkau tiada apa-apa yang hebat. Jangan berlagak dengan begitu angkuh, perkasa atau tinggi,” dan seumpamanya. Jadi raja itu sangat marah. Selepas itu, dia pergi musnahkan seluruh kaum kerabat itu dengan cara paling kejam yang boleh kita bayangkan.

Mana-mana Buddha yang datang ke dunia ini bukanlah untuk konflik politik, wujudkan keamanan atau hentikan peperangan dengan kuasa ajaib sendiri atau apa-apa seperti itu. Misi mereka hanyalah datang menyelamatkan mana-mana roh yang sedia untuk pulang ke Rumah dan mintanya. Begitu pun, hidup Mereka alami nasib yang begitu malang. Anda baca tentang hidup banyak Guru dan tahu bahawa Mereka diperlakukan dengan kejam sekali. Sebelumnya yang anda lihat ialah Nabi Isa. Baginda tidak buat apa-apa yang salah. Baginda hanya khutbahkan akhlak tinggi dan hanya khutbahkan Kerajaan TUHAN. Baginda tidak pedulikan kerajaan di Bumi pun. Walaupun orang memuji Baginda dan beri-Nya gelaran Raja orang Yahudi, itu langsung bukan niat Nabi Isa. Baginda langsung tak pedulikan dunia ini.

Baginda malah berkata, “Biar orang mati kebumikan orang mati,” bermakna Baginda mengetahui had berapa banyak orang yang dapat diselamatkan-Nya, dan yang selebihnya, walaupun mereka berjalan dan bercakap, mereka dah mati. Kematian tak bermakna secara fizikal saja Jika anda tidak mengenali TUHAN, jika roh anda dilitupi tembok beban karma, kejahilan dan nasib sial yang tidak dapat ditembusi, maka anda sudah mati. Roh anda macam dikurung dan tidak bebas. Ia berterusan macam itu selama-lamanya sehingga anda benar-benar ingin pulang ke Rumah, ingin mengenali TUHAN semula dan ingin berjumpa dengan Guru yang menyelamatkan anda.

Di dunia yang terkambus di bawah karma yang sangat berat, bagi setiap makhluk di planet ini, bayangkan bagaimana mana-mana Guru akan atau dapat wujudkan keamanan untuk mereka. Buddha Shakyamuni pun, Orang Sanjungan Dunia, terkenal, dihormati dan dikasihi oleh seluruh Syurga dan Bumi, tetap tak dapat bebaskan kaum kerabat-Nya daripada karma bunuh ini. Mereka dapat elakkannya jika mereka berdiam, lebih bermurah hati, penyayang dan baik hati terhadap anak yang menjadi raja perkasa itu. Mereka boleh alu-alukan dia, curahkan kasih sayang dan rasa hormat kepada dia kerana takdirnya membuat dia menjadi raja negeri. Tetapi tidak, mereka mengusik menghina dia tanpa penghujungnya sehingga dia tak tahan lagi. Jadi pada masa dahulu, orang kata, “Kamu berfikir tujuh kali sebelum bercakap.” Ada juga peribahasa untuk beri amaran kpd kita bahawa kata-kata kita boleh jadi seperti anak panah – jangan dipanahkan ke mana-mana saja secara rawak.

Di dunia sebegini seperti dunia kita, sangat sukar untuk wujudkan keamanan kerana ada karma-karma yang berlainan drpd kandungan gelembung-gelembung yang berlainan. Sebab itulah ia ambil masa begitu lama jika keamanan ingin diwujudkan. Sebelumnya, keamanan di Eropah diwujudkan dengan pantas kerana saya boleh pergi ke seluruh Eropah – setiap dua hari di satu negara. Orang kata adalah berbahaya bagi saya berbuat demikian. Tidak, tidak, pada masa itu, keadaan belum berbahaya kerana saya belum terkenal di merata tempat. Saya juga tidak banyak campur tangan dalam peperangan dan katakan perkara secara terus terang, menyinggung perasaan pemimpin. Tetapi sekarang berbeza. Saya tak tahan. Saya tak seharusnya buat begitu. Saya tak seharusnya campur tangan dalam peperangan dengan kata-kata daripada khutbah saya pun tetapi saya tak tahan melihat orang menderita, perlu melarikan diri dari rumah dan mati di jalan raya atau mana-mana saja di luar tanah air mereka, di luar tempat yang mereka cintai dan telah diami sepanjang hidup mereka dan hidup generasi mereka, kehilangan segala-galanya. Saya tak tahan. Saya memang macam meluahkannya tanpa otak saya mengawalnya sebelumnya. Jadi ia datangkan banyak kesusahan kepada saya, dengan pengedar dadah dan sebagainya juga.

Photo Caption: “Ingat Hanya Manusia Boleh Nikmati Kaligrafi?”

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian (2/6)
1
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-06-26
1852 Tontonan
2
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-06-27
1379 Tontonan
3
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-06-28
979 Tontonan
4
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-06-29
356 Tontonan
Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-06-29
325 Tontonan
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-06-29
356 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-06-28
10531 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-06-28
284 Tontonan
Siri Ramalan Silam tentang Planet Kita
2026-06-28
650 Tontonan
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-06-28
979 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-06-27
888 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android
Prompt
OK
Muat Turun