Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Kita Mesti Berterima Kasih kpd Siapa atas Penamatan Perang Dunia yg Pantas, Bahagian 3 daripada 3

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Kita tak boleh diselamatkan, dilindungi, diberkati untuk terus hidup, nikmati segalanya yang kita perlukan tetapi sementara itu terus cederakan makhluk lain yang tak berdaya seperti bayi, janin, orang-haiwan yang tak berdosa. Kita tak boleh buat begitu. Kita perlu jadi penyayang dan baik hati kerana itu apa yang kita mahukan daripada makhluk lain. Itu apa yang kita mahukan daripada Syurga juga. Kita perlu wujudkannya. Kita perlu memupuk sifat ini dalam jiwa kita, hati kita untuk mendapat sifat yang sama ke mana-mana pun kita pergi, di mana-mana pun kita diami. Sesuatu itu datangkan sesuatu yang sama. Anda semua tahu akan itu. Apa yang anda semaikan, itulah yg akan anda dapat. Anda semua tahu akan itu. Anda semua tahu akan karma.

Meskipun anda bukan penganut Buddha, bukan penganut Kristian, anda semua tahu, “Apa yang kamu semaikan, itulah yang akan kamu dapat.” Saya tak perlu asyik mengulang perkara yang sama lagi. Anda cerdik! Tolonglah, menjadi apa-apa yang anda mahu orang lain jadi. Perlakukan orang lain sebagaimana anda mahu diri sendiri diperlakukan. Berikan apa yang anda boleh kepada makhluk lain sebagaimana anda mahunya diberikan jika anda perlukan benda itu, jika anda perlukan situasi itu, bantuan itu, kata-kata penenang itu. Tolonglah, tolonglah dan tolonglah.

Saya sentiasa cuba sedaya upaya untuk melindungi dunia anda, planet fizikal ini tetapi saya tak tahu sama ada saya boleh sentiasa buat begitu. Jika karma terlalu besar, maka kuasa negatif akan dibenarkan untuk ganggu anda, menipu anda, memerangkap anda, menggoda anda dan bawa anda ke neraka untuk meneruskan hukuman, kesengsaraan, kesakitan dan penderitaan yang lebih lanjut, lebih teruk, tidak terungkap dengan kata-kata. Kebahagiaan dan kegembiraan Syurga tidak terungkap dengan kata-kata. Penderitaan, kesakitan, kesengsaraan, seksaan di neraka, tidak terungkap dengan kata-kata juga. Tolonglah percaya kepada saya. Saya tak mendapat apa-apa memberitahu anda semua ini.

Tolonglah, tolong menjaga dunia ini supaya anda dapat terus hidup dan meninggalkan warisan yang baik kepada anak, cucu, cicit, piut dan generasi akan datang yang perlu terus hidup dalam keamanan dan Kehendak Tuhan utk jamin kehidupan yg menyeronokkan, kehidupan yang bahagia dalam hayat ini di planet ini dan pulang ke Rumah dengan jayanya untuk menjalani kehidupan yang jauh, jauh lebih baik, lebih menyeronokkan, lebih ceria, lebih bahagia di Rumah sebenar anda di Syurga.

Kita ada jauh lebih banyak kerja untuk dibuat bagi meneruskan Keamanan Dunia dan Vegan Sedunia tetapi ia akan datang, cuma bersabarlah dengan saya. Anda insan baik, anak murid Tuhan saya, manusia baik yang berbuat baik dan berkasih sayang terhadap orang lain dan makhluk yang lebih rendah dari segi fizikal seperti orang-haiwan, pokok gergasi pun, seperti sungai, tasik, laut – semuanya perlu bersih, hidup dengan baik baru dapat berkhidmat kepada anda, bantu anda. Jika kita teruskan macam ini, kita akan meracun semua air yang sepatutnya diminum atau mungkin kita kehabisan semua air, kemudian kita akan mati juga, belum lagi perlu berkata tentang perang nuklear.

Berhati-hatilah dengan apa yang anda lakukan setiap hari. Hanya lakukannya mengikut Ajaran Guru. Baik, lemah lembut dengan semua benda terutama dengan diri anda sendiri. Makan apa yang baik untuk anda saja. Darah dan daging sarat dengan penyakit. Lagi banyak anda makan lagi banyak anda kurang sihat, lagi banyak anda perlu dicucuk dan dicungkil di hospital, dan minum, malah mengambil racun sebagai ubat. Itu buat badan anda menjadi semakin teruk juga. Jagalah badan anda dengan menjadi vegan, baik terhadap makhluk lain dan menjaga kedamaian sesama kita. Itu bagaimana anda menjaga diri.

Saya hanya ingatkan anda sekali lagi bahawa kita perlu bersyukur kepada Tuhan Yang Maha Berkuasa dan Triniti Bersatu Semula Yang Paling Berkuasa. Saya berlutut di kawasan terbuka, di bawah langit terbuka untuk bersyukur kepada Tuhan dengan air mata meleleh di pipi saya. Kerana itu kemenangan yang begitu pantas sehingga saya sendiri pun macam tak percaya. Kerana orang di merata tempat kekurangan segala jenis barang keperluan malah makanan, pada masa ini malah petrol. Jika tiada banyak benda, maka kita akan tiada tenaga elektrik juga dan tiada apa-apa pun untuk terus hidup. Itu tempoh masa yang singkat saja. Peperangan berhenti dengan begitu saja. Itu perang dunia kerana seluruh dunia terpengaruh. Semua penduduk di negara-negara yang berlainan terpengaruh. Jadi itu benar-benar perang dunia tanpa senjata lain diperlukan. Anda tahu akan itu. Anda dapat lihat itu.

Ya Tuhan, kadangkala apabila saya lihat berita... Saya perlu bekalkan berita kepada kumpulan berita juga. Kami semua lakukannya bersama-sama, bukan saya seorang saja tetapi apabila saya perlu lihat semua itu, ya Tuhan, saya hampir macam pengsan. Saya hampir pengsan kerana mana boleh manusia menahan semua ini? Macam mana mereka nak hidup? Macam mana bayi, kanak-kanak terus hidup, terus membesar untuk menyumbangkan bakat, kecerdasan mereka untuk semua orang terus hidup terutama sekarang?

Dari bahan kimia dan logam ke pembungkusan dan komponen elektronik. Banyak industri sekarang hadapi kos tenaga dan bahan mentah yang meningkat kerana peperangan ini ganggu aliran minyak dan gas global. Tabung Kewangan Antarabangsa nyatakan perang Iran boleh cetuskan kemelesetan global tetapi UK akan jadi negara yang paling banyak terpengaruh daripada semua ekonomi G7. Belum jelas lagi berapa teruk. Angka pertumbuhan yang lebih baik daripada yg dijangkakan yg dikeluarkan pada hari Khamis adalah direkodkan sebelum konflik ini bermula, tetapi seluruh benua akan rasai impaknya.

Beban yang berat di belakangnya dan beban yang lagi berat untuk mengisinya. Kesan riak peperangan di Timur Tengah telah sampai ke dapur sejauh beribu-ribu kilometer di Brazil terutama di kawasan melarat atau setinggan di mana banyak keluarga hidup susah dengan harga gas memasak yang kian menaik.

Kita telah lihat kanak-kanak yang sakit dengan agak teruk. Mereka kekurangan zat makanan. Kami telah bercakap dgn seorang wanita yang baru dipindahkan ke pusat penstabilan. Anak alami kesukaran bernafas, jadi banyak orang di sini berkata bahawa mereka berfikir datang untuk mendapatkan bantuan tetapi tak mendapat bantuan itu kerana tak cukup air atau makanan. Orang hidup susah. Mereka hidup susah. Mereka saling membantu untuk terus hidup saja.

DAN LAIN-LAIN…

Ada begitu banyak bayi yang dibunuh sebelum dilahirkan pun. Bagaimana kita akan ada generasi akan datang untuk meneruskan hidup kita, warisan kita, ciptaan kita, usaha pelihara kita untuk menjaga planet ini? Saya dah terlalu tua. Maksud saya, bagi saya, saya rasa saya dah tua sangat walaupun saya tak rasa begitu tua. Saya masih boleh bekerja seperti biasa, tetapi generasi akan datang, anak, cucu, cicit, piut anda, anda perlu memikirkan mereka. Anda perlu melindungi mereka daripada sebarang bencana mungkin. Tolonglah dengar kata-kata saya. Lindungi diri anda sendiri, lindungi anak anda dengan menjadi, pertama sekali, vegan. Tidak bunuh apa-apa pun, bukan sahaja manusia tetapi juga orang-haiwan, pokok, cacing, orang-burung, -ikan. Mereka tidak buat mudarat terhadap anda. Jika anda dapat dengar, mereka beritahu anda segala jenis nasihat setiap hari, cara utk jalani kehidupan dgn lebih baik, tetapi anda tak dapat dengar kerana anda telah membuat diri menjadi hibrid. Anda makan segala jenis makanan yang tidak baik untuk kecerdasan anda, untuk kebijaksanaan anda, untuk keupayaan mengetahui segalanya yang dikurniakan oleh Tuhan kepada semua manusia sebelum mereka wujud di planet ini lagi.

Setiap hari, orang-burung datang, banyak orang-burung, beratus-ratus drpd mereka pd waktu pagi. Awal pagi, mereka datang nyanyikan lagu kpd saya dan beritahu saya banyak perkara. Saya tak dapat sentiasa ingat apa yang nak dibuat tetapi mereka datang ingatkan saya. Segalanya sangat baik, seperti, “Jangan pergi ke sana. Jangan turun ke sini kerana, kerana, kerana…” Begitu banyak kemalangan kecil telah dihentikan, telah dielakkan kerana orang-burung, -tupai, -kucing liar, -labah-labah, -anjing di kawasan kejiranan berhampiran, orang-rusa dll... semuanya datang mengingatkan saya tentang perkara, tentang banyak perkara,

kerana semasa saya bekerja, contohnya saya bertumpu pada kerja Supreme Master Television, saya takkan ada perhatian untuk dengar segala mesej dalaman. Jadi biasanya Tuhan bercakap dgn saya pada waktu malam apabila saya tiada kerja fizikal, dah siapkan kerja, tetapi itu tidak senang juga kerana kadangkala saya perlu bekerja sepanjang malam. Pada siang hari, saya sibuk dengan perkara lain – menguruskan internet, mencari berita, menguruskan laporan perniagaan saya dan segala jenis perkara, atau kakitangan saya meninggal dunia, saya perlu uruskan itu juga, uruskan secara fizikal seperti hantar penetap ashram untuk melawat keluarga itu, beri sokongan kewangan supaya mereka dapat adakan pengebumian yang baik sebagaimana yang mereka mahukan, kemudian hantar bunga dan hadiah takziah. Mereka bermeditasi di sana untuk hantar roh itu pergi dengan lebih tenang, ke alam yang lebih tinggi dan sebagainya.

Ada banyak kerja yang perlu saya buat. Tinggal di dalam khemah pun, kita ada kerja untuk dibuat. Pada siang hari, kita perlu buka semua penutup. Pada waktu malam, kita perlu tutupnya supaya kekal panas, misalnya macam itu. Banyak perkara, banyak perkara kecil, mengecas telefon saya, banyak telefon, kerana telefon yang berlainan ada fungsi yang berlainan. Telefon untuk maklumat, telefon untuk menyimpan sesuatu yang saya nak lihat lagi kemudiannya, telefon untuk menyalin tajuk berita dan foto untuk dihantar kepada pasukan berita saya dan lain-lain. Begitu banyak perkara, segala-galanya. Pakaian yang kita pakai pun, kita perlu cuci, sidai untuk dikeringkan dan sebagainya.

Di dalam hutan, tak begitu senang seperti saya tinggal di rumah, rumah bandar yang biasa. Seperti mencuci, mengering, itu suatu cabaran juga dan lebih banyak kerja daripada jika kita berada di rumah. Kita hanya masukkan pakaian ke dalam mesin, putarkan beberapa butang dan siaplah. Ia malah beritahu kita apabila dah siap, misalnya macam itu. Segalanya lebih mudah di bandar. Dah tentu, saya tahu akan itu. Dulu saya tinggal di sana. Sekarang saya ada rumah, saya tak dapat diami. Saya ada kereta, saya tak dapat pandu. Saya ada orang tapi tak dapat gunakan mereka, bukan secara peribadi. Anda faham tak itu? Jadi setiap perkara kecil ambil masa saya. Saya sibuk tanpa berhenti. Saya juga perlu uruskan anak murid Tuhan saya dan orang yang minta tolong dengan terdesak walaupun mereka tidak kenali saya. Saya tetap bantu mereka jika mereka benar-benar mintanya dengan ikhlas.

Saya rasa itu saja buat masa ini. Saya masih ada banyak kerja untuk dibuat hari ini, jadi barangkali saya akan cakap dengan anda lain kali. Semoga anda tahu, menerima dan rasai Kasih Sayang Tuhan, Berkat Tuhan pada bila-bila saja dalam hidup anda terutama apabila anda berada dalam situasi yg sangat terdesak. Buatlah berdoa kepada TUHAN, percaya kepada TUHAN dan ingat akan TUHAN sebagai suatu tabiat suci, berterusan supaya anda tidak sunyi, rasa sunyi atau keseorangan dan tak berdaya terutama pada waktu sedih atau meninggal dari sini! Semoga Tuhan kasihi, berkati kita semua dan mengampuni kita semua. Amin. Terima kasih, Tuhanku.

Photo Caption: “Bukalah HATI Anda untuk Menyambut CAHAYA.”

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian (3/3)
1
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-05-02
3200 Tontonan
2
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-05-03
2412 Tontonan
3
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-05-04
2244 Tontonan
Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
Perjalanan Melalui Alam Estetik
2026-05-09
239 Tontonan
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-05-09
344 Tontonan
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-05-08
866 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-05-07
834 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-05-07
490 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-05-07
377 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android
Prompt
OK
Muat Turun