Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Dalam episod ini, Mahaguru Ching Hai jelaskan bahawa makrifat ialah satu-satunya cara untuk melepaskan diri daripada perangkap Maya, dan Guru sentiasa berada di sisi untuk bantu kita.Baiklah. Sekarang, neraka dicipta dalam minda kita tetapi ia juga berada di luar minda kita. Mengapa saya kata di dalam minda kita dan di luar? Ini kerana segala-galanya dicipta oleh minda kita sendiri tetapi kita tidak nampak itu. Kita ingat itu di luar diri kita dan ia menyebabkan kita menderita. Kita tetap rasa bahawa kita sangat banyak menderita akibat neraka atau apa-apa saja situasi yang kita cipta. Tetapi itu helah Maya. Itu helah ilusi. Sebab itulah orang tak dapat keluar daripadanya. Jika tidak, tak perlukan Buddha datang, tak perlukan Nabi Isa datang. Kerana begitu dahsyat, begitu tak dapat dibayangkan, helah Maya – ahli sihir yang hebat. Dia buat keadaan macam itu. Itu Maya. Itu bukan orang, cuma suatu kuasa alam semula jadi untuk memerangkap, menyihir orang, menjerat orang di dunia ini. Tetapi sementara itu, kita mesti berjuang untuk keluar daripada ilusi ini.Jika kamu ada baca ‘Tepi Air’ – ‘Keempat-empat Lautan ialah Saudara’. ‘Tepi Air’. Pernah kamu bacanya? Jika kamu ada baca segala jenis cerita China ini sebelumnya, ia agak… ‘Mê Hồn Trận’ (Jalan Berselirat Roh). Kamu tahu tak? ‘Mê Hồn Trận’, bagaimana kamu katakan itu dalam bahasa Inggeris? ...Untuk mengelirukan rohmu, jenis ini... (Macam pulau khayalan…) Tahulah… (Pagar sesat.) Pagar sesat? Betul tak itu? Mungkin. Tahulah, di mana kita masuk dan tak tahu bagaimana keluar. Segala-galanya kelihatan benar tetapi apabila kita dekatinya, ia tidak benar. Perancang dalam pertempuran China kadangkala mencipta jenis ilusi ini untuk menggoda musuh supaya masuk ke dalam dan bunuh mereka tanpa perlu membunuh. Jadi jika minda orang biasa pun dapat mencipta strategi sebegini untuk memperdaya orang ke dalamnya dan nampak benda sebagai halusinasi dengan mata dan telinga sendiri dalam keadaan normal, bagaimana kamu rasa kuasa cipta sifat negatif akan mencipta dan memperdaya kita di dunia ini?Satu-satunya benda untuk mengetahui semua ini ialah makrifat. Tiada sesiapa yang dapat jawab secara hitam putih apa itu, bagaimana ia dibuat, apa-apa yang lain dan bagaimana keluar. Satu-satunya cara untuk keluar ialah Makrifat! Minda terang kita sendiri akan memancar menembusi semua sudut muram ini.(“Guru sebut bahawa kitab hanyalah kisah pengalaman Buddha. Namun begitu, adakah benar bahawa apa yang tertulis dalam kitab ialah apa yang dikatakan oleh Buddha selepas ia disahkan oleh tiga orang anak murid-Nya?”) Ya, ia benar. Ia benar. Kitab – kitab Buddha – adalah benar dan kamu boleh alaminya sekali lagi, jenis alam-alam yang indah ini. Contohnya, Alam Amitabha, alam Raja Ubat, alam Syurga yang lain dan sebagainya, kamu boleh pergi ke sana dan melawat sekarang.(“Jika kita tak dapat bersama Guru secara fizikal setiap hari, bagaimana kita boleh jumpai kekuatan untuk terus berada di jalan menuju makrifat?”) Ya, kita ada kepercayaan dan pengalaman dalaman setiap hari untuk kekalkan kekuatan dan kepercayaan kita. Juga, Guru bukanlah badan fizikal. Guru boleh muncul pada bila-bila di mana-mana saja, dan setiap hari, setiap minit berada di sisimu dan bantu kamu. Jika kamu tak nampak Guru, sekurang-kurangnya kamu akan rasai kehadiran Guru. Kamu rasa yakin dengan amalan spiritual dan kemajuan kamu. Dan juga hari ini, kamu tak perlu melekat pada Guru. Kamu boleh menulis, boleh menelefon, boleh gunakan faks. Jawapan pantas, balasan pantas. Tiada halangan lagi. Selain itu, seperti yg saya beritahu kamu, Guru boleh muncul pada bila-bila saja. Selepas inisiasi, Guru menjaga kamu di setiap langkah. Mungkin kamu tidur tetapi Guru takkan buat begitu. Mungkin kamu buat kesilapan tetapi Guru tahu.Mungkin kamu dalam kemalangan tetapi Guru akan bawa kamu keluar atau bantu kamu mengurangkan intensiti kemalangan. Mungkin kamu jatuh sakit tetapi tak rasa begitu sakit kerana Guru akan bantu kamu melegakan sebahagian daripada penderitaanmu. Itu tugas Guru sebenar. Guru buat segala jenis perkara, segala jenis trik untuk bantu kamu. Itu apa yang baik adanya seorang Guru. Jika tidak, buat apa? Kita sudah tak berdaya, tak boleh buat apa-apa pun, tak tahu apa-apa pun tetapi Guru hanya berdiri di tepi dan berkata, “Hei, lawak betul kamu ini!”Guru ada di mana-mana pada bila-bila saja dan bantu kamu dalam sebarang keadaan tanpa kamu dekat dengan Guru secara fizikal. Tetapi jika kamu boleh dekat dengan Guru, dah tentu, kamu akan mendapat lebih banyak manfaat. Di India, mereka kata, “Jika kamu boleh bersama Gurumu setiap hari, maka datang setiap hari. Jika kamu tak dpt buat begitu setiap hari, sekurang-kurangnya seminggu sekali. Jika kamu tak dapat buat begitu seminggu sekali, maka sebulan sekali. Jika tidak sebulan sekali, maka setahun sekali. Jika tidak, sekurang-kurangnya seumur hidup sekali, kamu mesti berjumpa dengan Guru sebelum kamu meninggal.” Tetapi itu tak benar-benar perlu dengan semua orang. Sesetengah orang tak pernah jumpa dgn saya, tak tahu bagaimana rupa saya tetapi apabila berdoa dengan nama saya, mereka mendapat jawapan dan juga nampak saya muncul di sana.Saya malu-malu nak bercakap tentang ini, sangat malu-malu tetapi saya perlu beritahu kamu kerana ini kebenarannya. Saya sangat malu-malu nak bercakap tentang perkara ini. Saya tak tahu mengapa saya bercakap tentangnya. Umumnya saya tidak sebut perkara ini tetapi cuma soalan ini ilhamkan rentetan jawapan ini. Maafkanlah saya jika saya terlalu banyak bercakap.(Yang ini ditulis dalam bahasa Cina. Saya akan ulang dlm bahasa Inggeris lepas ini. “Jika seseorang dgn bersungguh-sungguh mengamalkan Tao dalam hayat ini, dapatkah dia segera hapuskan halangan karma yang dibawa daripada hayat lampau dan ubah takdirnya dalam hayat ini?”“Seseorang yang hidup sekarang, jika dia sangat rajin beramal, dapatkah itu hapuskan semua karmanya dan mengubah hidup ini, mengubah takdir hidup ini?”) Ya, kamu dapat ubahnya sikit tetapi takdir hidup ini sukar untuk diubah. Kamu boleh ubah seluruh pola karma masa lalu supaya kamu tak perlu kembali untuk dilahirkan semula pada masa depan. Tetapi takdir hidup ini sudah ditetapkan dan tersurat, jadi kamu perlu alaminya. Tetapi dengan amalan spiritual dan Berkat Gurumu, hidupmu akan menjadi lebih lancar dan lebih boleh tahan. Itu saja.Contohnya, jika kamu perlu alami kemalangan kereta, kamu tetap perlu mengalami kemalangan kereta tetapi mungkin kakimu takkan patah akibatnya. Meskipun kereta melanggar, mungkin kamu alami sedikit lebam saja. Itu saja yang kamu alami. Biasanya tanpa seorang Guru, tanpa amalan spiritual, seluruh kakimu akan patah dan kamu akan menjadi lumpuh, tetapi dengan bantuan Guru, kamu akan alami sedikit lebam saja. Itu saja. Tetapi kamu masih perlu alami kemalangan dan tidak dapat terlepas daripada takdir yang telah tersurat dalam hidup ini. Ia akan dilancarkan saja. Tetapi takdir, karma banyak hayat, Guru akan bakar dan hapuskan, musnahkan, jadi kamu tiada karma untuk kembali ke hayat seterusnya lagi. Itu apa yang kita panggil ‘menghapuskan karma’ tetapi bukan karma hayat ini. Kamu masih menua, masih jatuh sakit, masih perlu melangsaikan hutang dan tak dapat menjadi jutawan dalam satu malam saja disebabkan makrifat.(Bolehkah saya menyusul dengan pantas apa yang Guru...?) Ya, ya, silakan. (Guru sebut bahawa... kelihatan macam hidup telah tersurat apabila kita dilahirkan.) Ya. (Adakah ini bermakna karma baik yang kita buat dalam hayat ini tidak pengaruhi hayat ini? Ia pengaruhi hayat seterusnya saja?) Ya, ia pengaruhi hayat seterusnya tetapi pengaruhi hayat ini sikit juga. Ia pengaruhinya tetapi tidak ubahnya. Ia tak begitu banyak ubahnya. Kadangkala ia pengaruhi hayat ini tetapi tidak dengan serta-merta. Contohnya, apa yang kamu buat lima tahun yang lalu akan pengaruhi kamu hanya selepas sepuluh tahun. Jika kamu dah ada secukupnya dalam hayat ini, mungkin ia ditangguhkan hingga hayat seterusnya. Tak semestinya sentiasa ditangguhkan hingga hayat seterusnya. Oleh itu, sesiapa yang mengikut jalan Kebenaran perlu berhati-hati agar tidak lagi membuat sebarang karma yang tidak sempat dilangsaikannya. Jadi kita perlu jalani kehidupan vegan supaya kita tidak berhutang kepada orang-haiwan. Kita perlu jalani kehidupan yang ketat, mulia supaya kita tidak menanggung lebih banyak kesan yang tidak diingini untuk hidup kita, dan itu cari alasan untuk hayat seterusnya. Itulah kebaikan disiplin dan sifat baik. Ini tak bermakna jika kita menjaga disiplin dan kebaikan, kita dapat pergi ke Syurga. Oh, tak begitu senang! Itu hanya membuat jalan kita kekal bersih dan lancar.(Ini ditulis dalam bahasa Cina juga.) Ya. (“Mengapakah semasa kita berdoa, kadangkala Tuhan membalas dan pada waktu yang lain tidak. Mengapa?” Mengapa kadangkala semasa berdoa, kita mendapat balasan daripada Tuhan. Kadangkala kita tak mendapat balasan sama sekali? Mengapa?)Ini kerana keikhlasan kita berbeza-beza. Intensiti doa kita berbeza-beza mengikut angin kita. Sekarang, kamu mesti tahu bhw Tuhan, Dewa, Dewi atau Buddha semuanya ada di dalam diri kita. Jadi semasa berdoa, jika kita benar-benar khusyuk dalam doa dan keikhlasan, doa kita akan berhubung dengan Kebijaksanaan terdalam, Kuasa terdalam – Tuhan Yang Maha Berkuasa – maka kita mendapat balasan. Jika kita tidak sentuh dgn begitu dalam, maka ia takkan menembusinya. Sama seperti semasa hujan tak begitu lebat, kita hanya memasang payung atau hanya lapisan pakaian yang sangat nipis pun akan melindungi kita daripada basah dan kesejukan. Tetapi jika hujan sangat lebat, berangin juga, maka meskipun kita… Kadangkala kita memakai baju hujan, ia akan diterbangkan pergi dari situ. Jadi intensiti doa kita, itu apa yang buat kita mendapat atau tidak mendapat balasan.(“Alam sempurna yang Guru sebut, adakah ia benar-benar wujud? Nampaknya sukar bagi orang percaya. Adakah ia wujud semasa kita percaya dan tidak wujud semasa kita tidak percaya? Adakah alam sempurna yang Guru sebut sama dengan Syurga yang disebut oleh Nabi Isa? Atau terdapat dua alam yang berlainan, dua Syurga yang berlainan?”“Guru sebut tentang Alam Buddha. Adakah itu benar? Adakah ia benar-benar wujud? Adalah sangat sukar untuk meyakinkan orang. Adakah kita perlu percayainya baru boleh mendapatnya? Jika kita tidak percayainya, kita tiadanya? Adakah itu Syurga sama yang disebut oleh Nabi Isa? Atau ada dua jenis Syurga yang berlainan?”)Ada jenis-jenis Syurga yang berlainan. Ada satu jenis Syurga Tertinggi, iaitu apa yang kita panggil Kerajaan Tuhan. Sekarang, mengikut amalan spiritual, pahala dan keikhlasan kita, kita pergi ke peringkat-peringkat yg berlainan Jadi itu dipanggil Syurga-syurga yang berlainan. Alam-alam indah itu memang wujud. Memang wujud. Kita boleh pergi melawatnya untuk percaya. Kita tak perlu percayai kewujudannya jika kita tak nampaknya. Saya tidak menyalahkan kamu. Jadi saya menawarkan caranya kpd kamu untuk percayainya. Saya perlu buktikannya kepada kamu. Jadi selepas inisiasi, mungkin kamu akan nampak Alam-alam ini dengan serta-merta atau mungkin kadangkala selepas itu, kemudian kamu boleh percaya. Kita tak dapat percayai benda yang kita tak dapat lihat. Itu betul. Itu bukan ateis, hanya jujur, logik dan bersifat realistik. Jadi saya tak pernah mengutuk orang yang tidak warak atau kurang kepercayaan. Saya faham bahawa mereka kekurangan maklumat dan bukti praktikal, jadi tak dapat percaya. Jadi saya tawarkan suatu cara kpd mrk utk percaya.Photo Caption: “Menawarkan Apa yang Boleh Dibuat dengan Rendah Diri”











